Monday 24 October 2016

PANDUAN PERSIAPAN MENJADI PELAJAR DI UNIVERSITI KEHIDUPAN ANDA SEBAGAI MAHASISWA

Belajar di universiti universiti tempatan agak mencabar. Jika minda dan fizikal anda tidak bersedia anda mungkin akan terkandas sekiranya anda dalam bidang yang agak sukar

PERLU ADA KEKUATAN FIZIKAL DAN MENTAL

Mental-perubahan cara pembelajaran di sekolah tidak sama seperti di universiti. Di universiti anda dibina untuk menjadi lebih berdikari tanpa banyak bergantung kepada pensyarah mahupun penasihat akademik anda. Oleh hal demikian mental anda perlu lasak dan usah manjakan diri macam budak sekolah. Untuk menjadikan mental anda kuat anda perlu menjadi lebih positif dan pandai mencari penyelesaian tanpa menyalahkan banyak pihak.
Fizikal-pastikan tubuh anda sentiasa sihat dengan mengamalkan makanan sihat dan bersenam agar cergas. Apabila anda cergas otak jadi cerdas. Pemakanan vitamin c dan multivitamin amat membantu anda meningkatkan sistem imun tubuh anda. sering demam dan selsema menyebabkan gangguan dalam pembelajaraan.
belajar di universiti, panduan jadi pelajar di politeknik
vitamin c mampu meningkatkan sistem imunasi badan

SEDIAKAN ALATAN BELAJAR DENGAN SEMPURNA

Jika kita dalam golongan kurang mampu, ada sebahagian barang boleh pinjam dengan senior. Kalo barang-barang ni pun asyik nak pinjam dengan kawan, malah menyusahkan kawan plak lagi. Ini menunjukkan tiada kesungguhan anda untuk menuntut ilmu. Senaraikan barang seperti
jadi pelajar universiti, panduan pelajar universiti
alatan tulis lengkap agar x menyusahkan kawan
Alatan tulis– pen, pemadam, liquid,pembaris, kalkilator,kertas kajang, kertas A4, stapler, klip, penebuk lubang, fail(jika ingin jimat beli je tali hijau atau besi-boleh pakai sampai akhir semester).
Alatan buat assignment– komputer, printer
Pakaian– sopan dan menyejukkan mata memandang, ada 1 kasut tertutup, ada 1 kemeja. Sebab setiap semester mesti ada pembentangan (xkan nak pakai tshirt)

LIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI UNIVERSITI APABILA ANDA RASA BOLEH LAKUKAN

Walaupun anda seorang pemalu, sekurang-kurangnya libatkan diri dengan 1persatuan atau kelab seperti kelab catur ke, kelab badminton ke, silat dan sebagainya. Ini perlu bagi mencerdaskan badan anda dan dapat merehatkan minda anda. Apabila terlalu fokus dengan belajar anda akan cepat tension/tertekan.
pelajar cemerlang di universiti, kehidupan pelajar universiti
aktiviti menjadikan badan anda cergas

KURANGKAN AKTIVITI SOSIAL YANG TIDAK BERFAEDAH

Kurangkan aktiviti sosial tu bermaksud usah sibukkan diri dengan aktiviti tidak berfaedah sepertiberpolitik, masuk group-group wassup bukan ilmiah dan berfesbuk. Berkecuali jika kamu berada dalam bidang Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan memang perlu banyak aktiviti sosial. Ia bagi memastikan anda lebih banyak masa untuk pembelajaran dan aktiviti bermenafaat.
JAGA BUDI BAHASA
Apabila anda masuk ke dalam kelas yang pelbagai latarbelakang, anda perlu mengutamakan bahasa yang sopan agar tidak berlaku konflik dengan mane-mane pelajar. Ia akan menjadikan kesukaran apabila anda perlu bekerjasama buat assignment. Sebab kekadang pensyarah suka-suka buat kumpulan .
ROHANI JUGA PERLU DITITIKBERATKAN
Apabila anda mengambil kursus-kursus yang agak sukar. Anda akan mengalami tekanan. Oleh hal demikian, anda perlu selalu muhasabah diri. Kenapa anda selalu menghadapi sitiuasi yang sukar berbanding orang lain. Kena berbalik kepada DIA Yang Maha Esa. Jika tiada kekuatan amalan rohani, ianya akan menghampiri kemusnahan anda. Anda perlu berlajar berusahamembaiki kesilapan dan Redha dengan ketentuan Illahi .
JIMAT CERMAT DALAM SEGALA HAL
ini sangat perlu kerana kos belajar adalah semakin meningkat, dan banyak perkara diluar jangkaan mungkin akan berlaku seperti repeat paper(anda perlu membayar yuran tambahan), terpaksa duduk diluar kerana kampus penuh (anda perlu mempunyai kenderaan dan kos hidup diluar kekadang lebih mahal).
SENTIASA PRIHATIN DENGAN PEMBELAJARAAN ANDA
1. terutamanya silibus, pastikan anda tahu subjek-subjek yang anda ambil dan akan ambil. Ia perlu bagi kesediaan jika anda tidak lulus mana2 subjek, anda perlu menyusun semula subjek-subjek yang terlibat semasa itu.
2. kemudahan seemasa, apabila kelas kita penuh pelajar yang sangat rajin, sudah tentu buku-buku di perpustakaan tu sudah habis dipinjam oleh mereka. Oleh itu lihat subjek dan pinjam dengan segera.

1 comment:

  1. How to Play Baccarat | Wilkes-Barre, PA
    Baccarat is the most popular type of game. When you place 제왕카지노 a bet on the winning card, หารายได้เสริม you are placing your 바카라 사이트 wager on it. If the outcome of the game is one you

    ReplyDelete